Sebuah kenderaan terbabit kemalangan di dI Kilometer (KM) 69.2 Lebuh Raya Karak-KL menghala ke Kuala Lumpur pada petang semalam.

BENTONG – Seorang lelaki maut apabila dirempuh sebuah kenderaan ketika membantu mangsa yang terbabit kemalangan di Kilometer (KM) 69.2 Lebuh Raya Karak-KL menghala ke Kuala Lumpur pada jam 5.30 petang semalam.

Ketua Polis Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata mangsa, Tan Wing Foo, 47, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Bentong.

Menurut beliau, siasatan awal pihak polis mendapati sebuah kereta dalam perjalanan dari Kuantan menghala Ke Kuala lumpur terbabas dan masuk ke dalam longkang.

Beberapa kenderaan yang lalu di kawasan tersebut telah memberhentikan kenderaan bagi membantu kereta yang terbabas.

Jelas Zaiham, ketika mangsa membantu mengawal lalu lintas, sebuah kereta tidak dapat mengawal kenderaan lalu telah merempuh dua orang mangsa di lokasi nahas.

Akibat kemalangan tersebut, seramai empat orang mangsa telah dihantar ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Zaiham memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.

Pihak polis menasihatkan orang ramai agar menghubungi pihak konsesi lebuh raya atau
talian kecemasan sekiranya melihat kemalangan atau terlibat dengan kemalangan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here