GAMBAR lelaki berpakaian wanita dipercayai ketika menghadiri acara hiburan yang tular di media sosial. - Foto: FB Dr Ahmad Sanusi

KUALA LUMPUR – Ahli akademik yang juga pendakwah, Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi menegur perbuatan golongan lelaki yang berpakaian seperti wanita ketika menghadiri acara hiburan yang gambar dan video mereka tular di laman sosial.

Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu berkata, Islam melarang sebarang perbuatan songsang dan luar tabie yang mana Allah SWT turut melaknat golongan lelaki yang menyerupai wanita, begitu juga sebaliknya.

Selain itu, kata beliau, Rasulullah SAW juga melarang segala perbuatan yang mezahirkan penampilan, malah turut melaknat mereka yang berpakaian bercanggah dengan jantina asal mereka.

“Andai berpakaian dengan pakaian dengan jantina yang bertentangan dengan jantina asal pun telah dilarang, apatah lagi cubaan menormalisasi dan mengiktiraf elgeebitee yang jelas bertentangan dengan syarak.

“Adalah menjadi tanggungjawab seorang Muslim untuk mencegah tindakan mengiktiraf kemungkaran,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau hari ini.

Sejak malam tadi, tular di media sosial gambar dan video beberapa lelaki yang berpakaian seperti wanita di lokasi awam dipercayai ketika menghadiri acara hiburan.

Bagaimanapun, perbuatan individu terbabit dikecam netizen yang beranggapan budaya sedemikian tidak seharusnya dinormalisasikan di negara ini kerana selain bertentangan dengan ajaran Islam, ia juga tidak selari dengan budaya Melayu. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here