Syafiq Kyle dan Mimi Lana. Foto : IG Mimi Lana

KUALA LUMPUR – Pelakon Mimi Lana mendedahkan salah satu sebab dia dan suaminya, Syafiq Kyle memutuskan untuk berkahwin kerana ingin menjalani ibadah puasa bersama pada bulan Ramadan tahun ini.

“Sebenarnya saya dan Syafiq ambil keputusan nak kahwin ini pun sebab mahu puasa bersama,” kata Mimi dalam satu siaran langsung di TikTok semalam.

Dalam siaran langsung itu, beliau turut ambil peluang menenangkan peminat wanita Syafiq yang berasa kecewa dengan perkahwinan mereka dengan menyarankan mereka agar beralih perhatian kepada adik iparnya yang juga Naib Juara Hero Remaja 2011/12 iaitu Syazwan Razak.

“Kalian jangan patah hati, ada lagi seorang seperti Syafiq Kyle iaitu Syazwan Razak. Syafiq sudah saya punya,” katanya sambil ketawa.

Komen tersebut dibuat selepas ramai peminat wanita membanjiri ruangan komen dengan emoji berbentuk patah hati.

Terdahulu, Syafiq dan Mimi mengejutkan ramai apabila mengesahkan mereka telah selamat melangsungkan perkahwinan dalam sebuah majlis tertutup di Taiping, Perak pada 14 Februari lalu.

Perkahwinan kedua mempelai ini mendapat perhatian ramai dengan peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan mereka sebagai pasangan suami isteri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here