JDT berjaya mengarahkan Pohang Steelers FC dalam perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi. - Foto ihsan Facebook Johor Southern Tigers

ISKANDAR PUTERI – Pengendali skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio mengakui anak buahnya berdepan kesukaran pada peringkat awal menentang Pohang Steelers FC dalam perlawanan malam tadi.

Bagaimanapun katanya, kesemua pemain bangkit dan mempamerkan aksi cemerlang selepas itu dal merealisasikan kemenangan  5-2 menewaskan pasukan pelawat.

Pengendali kelahiran Argentina itu berkata, kejayaan itu yang membolehkan JDT mara ke pusingan 16 bagi saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) kali ini, amat membanggakan.

“Bagi saya, kesemua pemain telah beraksi dengan baik bagi menghasilkan kemenangan ini bagi membolehkan kita mara ke pusingan seterusnya.

“Walaupun ketinggalan pada suatu ketika, pemain berjaya bangkit mengikat kedudukan dan selepas itu menjaringkan gol bagi memastikan kemenangan.

“Terima kasih juga kepada kesemua penyokong yang memberikan sokongan padu kepada pasukan ini untuk mara lebih jauh selepas ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan tersebut di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi.

Pada perlawanan berkenaan, JDT menang ke atas Pohang Steelers hasil jaringan Oscar Arribas pada minit ke-37, Bergson Da Silva (min-52), Arif Aiman Hanapi (min-56), Jese Rodriguez (90+7) dan Jorge Obregon (90+15-pen) manakala pelawat meledak jaringan menerusi Lee Ho-Jae (min-27) dan Kang Hyeon Je (min-80).

Sementara pemain terbaik perlawanan, Oscar Arribas terharu dan berterima kasih dengan kehadiran 35,590 penyokong di Stadium Sultan Ibrahim bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan.

Katanya, kehadiran itu turut dilihat antara faktor yang menyemarakkan lagi semangat kesebelasan pemain untuk mempamerkan aksi terbaik di sepanjang perlawanan.

“Jumlah penonton yang hadir kali ini sungguh menakjubkan. Terima kasih kerana memberikan sokongan kepada kami.

“Kami juga akan terus cuba memberikan yang terbaik bagi meraih lebih banyak kejayaan selepas ini,” katanya.- MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here