Jalan raya sesak dengan waktu puncak ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Batu Caves, Selango. Foto HARI ANGGARA, 11 FEBUARI 2025.

KUALA LUMPUR – Cadangan caj kesesakan kepada pemandu yang memasuki kawasan tertentu pada waktu puncak dan sekatan nombor plat untuk mengurangkan jumlah kenderaan di Lembah Klang masih tidak sesuai dilaksanakan ketika ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ini kerana sistem pengangkutan awam harus diperkasakan terlebih dahulu sebelum caj kesesakan dilaksanakan.

“Negara maju yang telah melaksanakan caj kesesakan ini setelah mempunyai sistem pengangkutan awam yang mampan dengan jaringan dan capaian perkhidmatan awam kepada rakyat adalah berada pada tahap baik.

“Selain itu mereka mempunyai akses infrastruktur khas selamat bagi First and Last Mile Connectivity, mod pengangkutan aktif yang menghubung stesen pengangkutan awam dengan pusat aktiviti utama atau tumpuan.

“Kerajaan juga perlu menerapkan pembangunan gGuna tanah mampan diintegrasi dengan konsep Transit Oriented Development (TOD),” katanya ketika menggulung Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Anthony juga berkata, pelaksanaan caj kesesakan semata-mata tanpa alternatif menggunakan mod pengangkutan awam baik hanya akan menekan dan memberi kesan sampingan kepada sosio ekonomi rakyat.

“Sehubungan itu, fokus utama MOT pada masa ini adalah memperkasakan pengangkutan awam sebagai perkhidmatan penting kepada rakyat sama ada di Lembah Klang atau di luar bandar.

“Selain itu, MOT juga akan bekerjasama dengan kementerian dan agensi lain bagi memfokuskan pembangunan kepada pengangkutan awam,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here