Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR – Insiden pertikaman lidah antara Ahli Parlimen kerajaan dengan pembangkang pada sidang Dewan Rakyat dipercayai berpunca daripada sikap sesetengah wakil rakyat yang gemar mencelah dan mengganggu ketika sesi perbahasan.

Ahli Parlimen Arau (PM), Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku dan ia boleh dianggap menghina peraturan mesyuarat Dewan Rakyat.

“Ucapan Tok Guru kelmarin ialah Peraturan Mesyuarat ini macam dipermain-mainkan oleh pihak sana, dia tekan butang, dia bangkit bercakap, dia tekan butang, dia bangkit bercakap.

“Inilah punca pergaduhan sebenar di Parlimen, rakyat Malaysia, orang muda lihat inilah perkara yang tidak sewajarnya berlaku,” katanya pada sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Shahidan juga melahirkan rasa kesal dengan sikap berdiam diri menteri yang enggan menjawab persoalan yang ditimbulkan pembangkang.

“Yang Berhormat sedia maklum, menteri banyak tak jawab yang kami timbulkan, dia tak jawab, dia ambil tak tahu sahaja, bagi mereka kalau tak jawab, lama-lama dilupakan.

“Saya banyak bawa berucap sini tak jawab, saya nak tengok menteri Kewangan nak jawab tak kejap nanti.

“Saya minta supaya menteri jawab setiap inci, jangan tinggalkan walau satu pun,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here