Foto: Platform X

AMSTERDAM – Dua tentera Israel yang terlibat melakukan genosid di Gaza terpaksa meninggalkan Amsterdam dan pulang ke Israel selepas dijejaki dan dikenal pasti dalam laman media sosial oleh organisasi pro-Palestin.

Israel Genocide Tracker (@trackingisrael) menyiarkan maklumat dan gambar mereka ketika bercuti di Belanda.

Hantaran yang dikongsi Hind Rajab Foundation itu merupakan usaha untuk mendapatkan waran tahan kepada tentera Israel.

Menurut Israel Genocide Tracker, ‘selepas terbabit dalam genosid di Gaza, komandan kereta kebal Israel dari Batalion ke-52 ini terlibat menculik beratus-ratus orang awam (khususnya di Jabalia) dan berswafoto dengan mereka mendarat di Amsterdam hari ini untuk bercuti’.

Rangkaian berita Israel, N12, mendedahkan sebelum ini anggota tentera itu memuat naik video dan gambar mengenai zon pertempuran di Gaza semasa peperangan yang mana Tracker Genoside Israel berkongsi secara dalam talian.

Kedua-dua mereka diberi keluilusan untuk mengembara ke Belanda namun setelah pendedahan dilakukan, tentera Israel mengarahkan mereka supaya tidak meninggalkan hotel.

Menurut N12,para pegawai Israel telah menasihatkan anggota tentera memadamkan gambar atau video yang menjadi bukti mereka menyertai peperangan sebelum terbang ke luar negara.

Malah tentera telah memberi amaran kepada anggotanya untuk mengelak mengembara ke luar negara kerana khuatir ditahan atau disiasat di negara mereka lawati.

Tentera Israel juga telah mengarahkan para pegawai dan anggotanya yang kini berada di luar negara untuk meninggalkan negara terbabit dengan segera bagi mengelak berhadapan dengan tindakan undang-undang. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here