Anthony Loke

PETALING JAYA – DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang, Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, setakat ini jawatankuasa disiplin belum menerima sebarang laporan berkaitan kejadian itu.

“Setakat ini tiada aduan diterima. Sekiranya ada aduan, sudah tentu akan ada siasatan oleh jawatankuasa disiplin… ia prosedur biasa.

“Setakat ini individu terlibat telah memohon maaf dan individu yang dimarahinya juga telah menerima permohonan maaf terbabit,” kata Loke yang juga Menteri Pengangkutan ketika ditemui pada pelancaran perkhidmatan Ninja Cold dan sambutan ulang tahun ke-10 Ninja Van di Malaysia, di sini, hari ini.

Beliau berkata, jawatankuasa disiplin akan mengambil tindakan sewajarnya dan menyiasat isu berkenaan sekiranya terdapat sebarang isu yang dibangkitkan oleh ahli atau aduan yang dikemukakan kepada mereka.

Media melaporkan Sim yang juga Menteri Sumber Manusia telah dilempar kata-kata kasar pada majlis makan malam sebagai tanda penghargaan terhadap veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang, pada malam Sabtu. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here