Jenazah Nurrul Ilhan Noordin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Terap, Serdang, Kedah.

KUALA LUMPUR – Jenazah Allahyarhamah Nurrul Ilhan Noordin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Terap, Serdang, Kedah, malam tadi.

Terdahulu, bedah siasat jenazah Allahyarham dilakukan di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia.

Jenazah kemudian dimandi dan dikapan serta disolatkan di Masjid UPM pada jam 12.15 tengah hari tadi.

Allahyarhamah Nurrul Ilhan yang juga jururawat maut setelah terlibat dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di KM28.2 Lebuhraya Kajang Silk, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Supt. Shan Gopal A/L Gopal Krishnan berkata, siasatan mendapati mangsa yang berusia 29 tahun menunggang motosikal dari arah Cheras Jaya menghala ke tempat kerja.

Apabila sampai di tempat kejadian, dipercayai mangsa telah terlanggar belakang sebuah lori 3 tan yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami masalah teknikal, katanya.

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang menerima laporan mengenai insiden itu pada jam 2 petang, semalam

Menurut Shan Gopal, akibat pelanggaran tersebut, mangsa tercampak ke sebelah kanan jalan dan digilis sebuah kereta jenis Perodua Bezza dan kemudian dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Alza. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here