Mejar Mohd Zainudin Ishak Foto FB

KUALA LUMPUR- Orang ramai diminta menyalurkan maklumat berhubung keberadaan seorang pegawai tentera, Mejar Mohd Zainuddin Ishak yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya, malam Ahad lalu.

Menurut perkongsian pemilik Facebook Abu Mikhail Mohd Fauzi, Mohd Zainuddin yang juga abang iparnya kali terakhir dilihat menaiki sebuah Perodua Ativa dengan nombor pendaftaran, VGU 3986 pada 7 malam.

Tambahnya, warna badan kereta berkenaan adalah merah manakala bumbungnya berwarna putih.

“Hilang tanpa dapat dikesan hingga sekarang. Mohon hebahan.

“Orang ramai mempunyai maklumat boleh berhubung dengan isteri melalui talian 012-4493952 atau balai polis berdekatan,” katanya.

Hebahan orang hilang

Sementara itu, polis mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan Mohd Zainudin selepas didapati tidak hadir bertugas di Kem Wardieburn, Setapak, di sini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail, berkata pihaknya menerima laporan mengenai perkara itu daripada seorang pegawai Kem Wardieburn pada jam 7.08 malam kelmarin di Balai Polis Jalan Tun Razak.

“Laporan dibuat susulan pegawai (Mohd Zainudin) dikesan tidak hadir bertugas.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai orang hilang (OH),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here