Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga Malaysia, Siti Safinah Salleh

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Tenaga Malaysia mengumumkan Siti Safinah Salleh sebagai ketua pegawai eksekutifnya yang baharu berkuat kuasa serta-merta.

Badan kawal selia bekalan tenaga dan gas dalam kenyataan hari ini berkata, Siti Safinah akan menggantikan Datuk Abdul Razib Dawood yang tamat perkhidmatan 31 Januari lalu.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah bersetuju dengan pelantikan Siti Safinah.

Sejak Februari 2021, beliau telah berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif MyPOWER Corporation, sebuah agensi di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air yang ditubuhkan untuk menyelaras pelaksanaan inisiatif bagi merombak industri bekalan elektrik Malaysia.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here