BANGKOK- Kementerian Perdagangan Thailand sedang melaksanakan tujuh langkah untuk menaikkan harga beras termasuk mengadakan pesta pasaran padi, perluasan eksport di samping membuat persediaan bagi mesyuarat sub-jawatankuasa Khamis ini.
Menterinya, Pichai Naripthaphan berkata, kejatuhan harga beras baru-baru ini disebabkan oleh faktor luaran terutamanya akibat penyambungan semula eksport oleh India serta penurunan permintaan dari Indonesia dan Filipina.
Menurut data Jabatan Perdagangan Domestik (DIT), harga padi hom mali setakat 17 Februari lalu adalah di antara 15,500-16,500 baht (RM2,050-RM2,182) se tan, meningkat sebanyak lapan peratus setahun.
Bagaimanapun, harga pada Pathum Thani jatuh sebanyak 16 peratus kepada 11,500-12,700 baht (RM1,521-1,680) se tan manakala harga padi bukan pulut dijual 8,300-9,000 baht (RM1,908-RM1,190) se tan, menjunam sebanyak 30 peratus.
Menurut Pichai, kementeriannya meluluskan langkah segera itu bagi mengatasi masalah kejatuhan harga padi.
DIT dijadualkan mengadakan mesyuarat Sub-Jawatankuasa Pengurusan Pemasaran dan Dasar Beras Kebangsaan Khamis ini yang memberi fokus kepada mencari formua untuk menyokong langkah-langkah yang memberi impak terhadap kejatuhan harga beras.- Agensi