Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tiga,kiri) diiringi Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (dua kiri) dan Pengerusi The Muslim World Women’s Summit Dr Raja Laila Rani Datuk Dr Mohamad Abdullah (kiri) menyampaikan Anugerah Wanita Inspirasi kepada Neelofa Mohd Noor (empat,kiri) pada 'The Muslim World Women's Summit: Voices of HER Festival dan Anugerah Ibu Zain di Pusat Dagangan Dunia hari ini. Foto MUHAIMIN MARWAN, 19 FEBRUARI 2025

KUALA LUMPUR – Golongan wanita perlu lebih berani mengambil risiko, yakin dengan potensi diri dan terus berusaha tanpa takut akan kegagalan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, dalam era digital yang semakin pesat, dunia perniagaan menuntut para pemainnya untuk lebih inovatif, berdaya saing tinggi dan bijak mengoptimumkan penggunaan teknologi seperti platform edagang, pemasaran digital dan media sosial untuk memastikan perniagaan terus relevan dan berkembang.

“Saya ingin melihat lebih ramai usahawan wanita tampil ke hadapan, berani mencuba, dan memanfaatkan peluang yang ada. Ingatlah, setiap langkah kecil adalah permulaan kepada sesuatu yang lebih besar.

“Wanita adalah agen perubahan dalam dunia yang memerlukan lebih banyak ikhtiar, inovasi, dan kerjasama. Setiap wanita yang berjaya adalah bukti bahawa dengan sokongan, keyakinan, dan usaha, tiada yang mustahil untuk dicapai. Yakinlah. Anda semua adalah pemimpin yang akan mengubah dunia,” katanya.

Ahmad Zahid Hamidi (tiga,kiri) diiringi Noraini Ahmad (dua kiri) dan Pengerusi The Muslim World Women’s Summit Dr Raja Laila Rani Datuk Dr Mohamad Abdullah (kiri) menyampaikan Anugerah Wanita Istimewa kepada Siow Lee Chan (empat,kiri) pada ‘The Muslim World Women’s Summit: Voices of HER Festival dan Anugerah Ibu Zain di Pusat Dagangan Dunia hari ini. Foto MUHAIMIN MARWAN, 19 FEBRUARI 2025

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Voices Of Her 2025 dan Malam Anugerah Ibu Zain 2025 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia di sini, malam ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Noraini Ahmad.

Pada majlis tersebut Ahmad Zahid menyampaikan Anugerah Ibu Zain yang memberikan penghormatan kepada wanita luar biasa yang telah memberikan sumbangan besar dalam pelbagai bidang meliputi pendidikan, keusahawanan, kesihatan, perundangan, sukan dan kesukarelawanan.

Antara penerima anugerah tersebut adalah lagenda skuasy wanita negara Datuk Nicol Ann David yang menerima Anugerah Voices of H.E.R atas pencapaiannya dalam sukan dan pengaruhnya di peringkat global.

Penerima lain termasuk aktres Noor Neelofa Mohd Noor yang menerima Anugerah Wanita Inspirasi dan atlet terjun kebangsaan Datuk Pandalela Rinong Pamg (Anugerah Wanita Kesukanan).

Ahmad Zahid Hamidi (tiga,kiri) diiringiNoraini Ahmad (dua kiri) dan Pengerusi The Muslim World Women’s Summit Dr Raja Laila Rani Datuk Dr Mohamad Abdullah (kiri) menyampaikan Anugerah Wanita Kesukanan kepada Datuk Pandelela Rinong Pamg (empat,kiri) pada ‘The Muslim World Women’s Summit: Voices of HER Festival dan Anugerah Ibu Zain di Pusat Dagangan Dunia hari ini. Foto MUHAIMIN MARWAN, 19 FEBRUARI 2025

Terdahulu Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad di dalam ucapannya berkata, keusahawanan wanita bukan sahaja tentang mencari pendapatan, sebaliknya memperkasa wanita untuk menjadi agen perubahan dalam masyarakat.

Beliau berkata, dengan sokongan yang betul, usahawan wanita boleh mencapai potensi penuh dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

“Saya yakin dengan usaha berterusan dan sokongan padu dari semua pihak, kita akan dapat melihat lebih ramai usahawan wanita yang berjaya di Malaysia dan di peringkat global. Saya ingin menyeru semua pihak agar terus menyokong dan memperkasakan peranan wanita dalam ekonomi,” katanya. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here