Screenshot

BUTTERWORTH – Polis menasihatkan orang ramai agar tidak mensensasikan kejadian seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun tercekik gula-gula kenyal ‘gummy’ berbentuk mata sehingga mengganggu ketenteraman awam dan mempengaruhi siasatan yang sedang dijalankan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima laporan mengenai insiden tersebut yang berlaku di Sungai Dua pada Selasa lalu.

“Laporan tersebut dibuat seorang guru Kelas Quran dan Fardhu ’Ain (KAFA) di Sekolah Kebangsaan Sungai Dua pada jam 12.49 tengah malam semalam.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di koridor sekolah menuju ke tandas oleh rakannya.

“Saksi kejadian yang merupakan murid berusia 10 tahun, mendakwa mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri semasa dalam perjalanan ke tandas sebelum meminta bantuan guru kelas,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Tambah Anuar, pihak sekolah berusaha memberikan bantuan pernafasan namun gagal sebelum menghubungi Hospital Seberang Jaya untuk mendapat bantuan lanjut.

“Setibanya pasukan perubatan, mereka berjaya mengeluarkan gula-gula yang tercekik dari dalam mulut mangsa, namun mangsa masih tidak sedarkan diri.

“Mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang dan dilaporkan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Sehubungan itu, kita menyeru agar orang ramai tidak mensensasikan kes berkaitan sehingga mengganggu kententeraman awam dan pihak yang sedang menjalankan siasatan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Asisten Superintendan Shuheri Abdul Rani di talian 04 576 2222 (sambungan 2275) atau tampil ke balai polis terdekat untuk membantu siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN

Tolong doakan anak saya, dia masih kritikal – Fakhruddin

Terdahulu, MalaysiaGazette melaporkan kanak-kanak yang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas dipercayai tercekik gula-gula ‘gummy mata’, masih belum menunjukkan sebarang perkembangan positif.

Bapanya, Mohamad Fakhruddin Mohamad Fikri, 35, berkata, anaknya sulungnya, Mohamad Fahmi, 10, masih menerima rawatan intensif meskipun doktor sedang berusaha keras untuk menyelamatkannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here