Special Branch defamation suit pontianak false claims

SINGAPURA – Mahkamah Rayuan Singapura pada Rabu membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap banduan Malaysia yang dijatuhi hukuman mati, Pannir Selvam Pranthaman, hanya beberapa jam sebelum beliau dijadualkan menjalani hukuman pada Khamis (20 Feb).

Hakim Bahagian Rayuan Woo Bih Li dalam penghakimannya berkata. penangguhan itu diberikan tanpa perlu ditetapkan untuk pendengaran, sementara menunggu keputusan permohonan Pannir Selvam di bawah Akta Permohonan Pasca Rayuan dalam Kes Hukuman Mati (PACC).

PACC merupakan permohonan yang difailkan oleh banduan yang menunggu pelaksanaan hukuman mati (PACP) selepas semua saluran perundangan telah digunakan sepenuhnya. Pannir Selvam mewakili dirinya sendiri dalam penghujahan kes itu.

Woo berkata, beliau membenarkan Pannir Selvam memfailkan permohonan PACC atas alasan bahawa terdapat aduan belum selesai terhadap bekas peguamnya, Ong Ying Ping kepada Persatuan Undang-Undang Singapura, selain satu lagi kes berkenaan cabaran perlembagaan berkaitan undang-undang dadah Singapura yang masih belum diputuskan.

Dalam membuat keputusan itu, Woo mengambil kira afidavit dan penghujahan bertulis Pannir Selvam pada 17 Feb serta penghujahan bertulis tambahan pada 18 Feb.

Beliau turut mempertimbangkan penghujahan bertulis Peguam Negara (AG) serta afidavit Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Dasar di Kementerian Dalam Negeri, Sanjay Nanwani, yang dikemukakan pada 18 Feb.

Pannir Selvam disabitkan oleh Mahkamah Tinggi pada 2 Mei 2017 atas kesalahan membawa masuk 51.84 gram diamorfin ke Singapura di bawah Seksyen 7 Akta Penyalahgunaan Dadah 1973 (MDA).

Beliau tidak diberikan Sijil Bantuan Substantif (CSA) oleh Pendakwa Raya dan dijatuhkan hukuman mati mandatori.

Sejak itu, beliau telah menggunakan semua saluran perundangan yang tersedia di bawah undang-undang Singapura.

Akta PACC Singapura, yang berkuat kuasa pada 28 Jun 2024, membolehkan PACP mengemukakan permohonan pasca rayuan yang hanya boleh didengar oleh Mahkamah Rayuan.

PACP mesti terlebih dahulu mendapatkan kebenaran mahkamah untuk mengemukakan Permohonan PACC.

Jika kebenaran diberikan, permohonan itu mesti dikemukakan kepada Mahkamah Rayuan dalam tempoh tiga hari dari tarikh kelulusan.

Mahkamah Rayuan kemudiannya akan membuat keputusan berhubung permohonan PACC itu.- BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here