Ahli Jawatankuasa melakukan cerapan anak bulan bagi mengetahui tarikh Hari Raya Aidilfitri pada Majlis Rasmi Cerapan Hilal Ramadan 1445 Hijrah di Menara Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 09 APRIL 2024.

KUALA LUMPUR – Tarikh melihat anak bulan Ramadan ialah pada petang Jumaat, 28 Februari 2025 Masihi bersamaan 29 Syaaban 1446 Hijrah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia berkata, anak bulan Ramadan pada petang hari tersebut akan dilihat di 29 tempat.

Tempat-tempat tersebut ialah di Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson; Baitul Hilal Bukit Melawati, Kuala Selangor; Baitul Hilal Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor; Baitul Hilal Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; Stesen Cerapan Hilal Kampung Pulau Sayak , Kuala Muda, Kedah; Stesen Cerapan Hilal Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah; dan Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah.

Selain itu, Stesen Cerapan Hilal Bukit Besar, Kuala Terengganu; Stesen Cerapan Hilal Bukit Geliga, Kemaman; Stesen Cerapan Hilal Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu; Stesen Cerapan Hilal Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan; Stesen Cerapan Hilal Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai; dan Stesen Cerapan Hilal Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan.

Pusat Falak Miri, Esplanade Luak, Miri; Teluk Bandung, Kuching;  Pusat Falak Bintulu, Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah; Tapak Cerapan Hilal Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang;  Stesen Cerapan Hilal Gunung Berincang, Cameron Highlands; Menara 188, Kuantan, Pahang; Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan Menara Pandang, Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis, Perlis

Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan Tarikh Awal Ramadan adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh awal Ramadan yang ditetapkan melalui radio dan televisyen. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here