Logo Polis Diraja Malaysia

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bertindak mencekik anaknya dan membuat ugutan jenayah selepas berang isterinya membuat permohonan fasakh di Taman Semarak, Tawau, Sabah.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek lelaki warga asing berumur 40 tahun kemudian berjaya diberkas kira-kira pukul 3.40 petang kelmarin.

Menurutnya, mangsa iaitu isteri suspek berusia 39 tahun mendakwa sering diganggu suspek sejak membuat tuntutan tersebut Disember tahun lalu.

“Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 dan 326A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah,” katanya menerusi kenyataan.

Dalam kes berkaitan, Jasmin memaklumkan polis turut menahan seorang lelaki didakwa mengamuk dan membuat ugutan jenayah terhadap seorang wanita dengan menggunakan sebilah parang di Kampung Saddani, Batu 2 Jalan Apas pada Rabu lalu.

Jelasnya, suspek yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan penyalahgunaan dadah.

Katanya, tangkapan dibuat pada hari yang sama kira-kira pukul 3.40 petang.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here