Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak tunjuk sebarang bukti saya telah kayakan anak saya menerusi jawatan saya, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau mengulangi yang anak-anaknya berniaga di luar negara dan berniaga dalam negara setelah beliau berhenti dari jadi Perdana Menteri.

Itu respon beliau kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang menyentuh kekayaan anak-anak Dr Mahathir mencecah billion ringgit.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, Anwar tidak cerita kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang
harta yang dijumlahkan sejak 43 tahun yang lalu.

Sedangkan Azam Baki juga yang menyata harta sebenar yang termasuk saham-saham serta harta boleh lupus adalah sekitar RM450 juta, katanya.

“Tetapi demi untuk meneruskan pembohongannya bahawa ada bukti berkotak-kotak tentang saya salah-guna kuasa untuk kayakan ahli keluarga saya, dia terpaksalah teruskan dengan cerita berbilion-bilion ini.

“Hakikatnya, saya telah saman dia dan sudah lebih dua tahun sampai sekarang tak ada satu kotak pun yang dia buktikan.

“Cuma saya nak ingatkan dia satu perkara. Masa dia Menteri Kewangan, adik-beradik dan ahli keluarganya terima saham, kontrak dan lain-lain pemberian Kerajaan. Jika ada yang tak percaya, ini semua telah dilapor oleh media dan senarai telah dipamer di Dewan PWTC ketika itu,” katanya dalam kenyataan.

Mengenai penafian Anwar yang tidak menyekat pemimpin luar daripada bertemu dengannya, Dr Mahathir menasihatinya supaya jangan berbohong.

Sebelum itu, Dr Mahathir mendakwa pemimpin negara menyekat hasrat pemimpin luar yang datang ke negara ini untuk bertemu dengannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here