Anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah kereta yang terlibat kemalangan di susur keluar Setia Tropika, Kempas, Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang pemandu sebuah kereta rentung dalam kenderaannya selepas terbakar dalam kemalangan di Kilometer 5.6 susur keluar Setia Tropika, Kempas, di sini, hari ini.

Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Penolong Penguasa Bomba Taufiq Atan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.58 pagi.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati benar berlaku kebakaran sebuah Honda City yang sudah terbakar kira-kira 90 peratus.

“Kebakaran berpunca daripada kemalangan jalan raya. Kenderaan yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.

“Terdapat seorang mangsa rentung. Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis. Jantina mangsa masih belum diketahui identiti termasuk jantina” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Taufiq, nilai kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Tambah beliau, operasi kemudian ditamatkan pada pukul 6.12 pagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here