Anwar ketika menerima kunjungan hormat Menteri Wakaf Republik Arab Mesir Syeikh Dr Usamah As-Sayyid Ahmed Muhammad Al-Azhary pagi tadi. – Foto: FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Mesir bersetuju untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam penganjuran konvensyen dan seminar pengukuhan Malaysia MADANI dari perspektif peradaban Islam melibatkan para ulamak, pemikir dan sarjana Islam.

Menurut Perdana Menteri, Kementerian Wakaf Mesir juga akan memberi dukungan bagi pelaksanaan program pembangunan insan dalam kalangan pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir selaras usaha melahirkan generasi berilmu dan berdaya saing.

Jelas beliau, perkara itu antara yang dibincangkan dan dicapai ketika beliau ketika menerima kunjung hormat Menteri Wakaf Republik Arab Mesir Syeikh Dr Usamah As-Sayyid Ahmed Muhammad Al-Azhary pagi tadi.

Anwar ketika menerima kunjungan hormat Menteri Wakaf Republik Arab Mesir Syeikh Dr Usamah As-Sayyid Ahmed Muhammad Al-Azhary pagi tadi. – Foto: FB Anwar Ibrahim

“Kami berkongsi pandangan mengenai usaha memperkukuh kerjasama Malaysia-Mesir susulan pertemuan saya dengan Presiden Abdel Fattah El-Sisi baru-baru ini.

“Syeikh Dr Usamah turut menyatakan dukungan penuh terhadap konsep MADANI yang berkait rapat dengan asas peradaban Islam dan sejarahnya yang mengakar dalam wacana ilmiah dan siasah Islam kontemporari.

“Moga hubungan erat Malaysia-Mesir bertambah kukuh, termasuk menerusi peranan Universiti Al-Azhar dalam memperkasakan peradaban Islam dan kecemerlangan watan pada masa akan datang,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here