Hussein Omar Khan

SHAH ALAM – Seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor pada 21 Februari lepas akan didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, Khamis ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kertas siasatan sudah dilengkapkan dan telah dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya Selangor hari ini.

“Kertas siasatan telah mendapat arahan tuduh di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Sekiranya disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh disebat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Hussein dilaporkan berkata polis telah menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 19 tahun yang disyaki terlibat dalam kes cubaan rogol yang tular baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor Azmir Kassim juga dilaporkan mengesahkan suspek memiliki kad Orang Kurang Upaya (OKU) masalah pembelajaran sejak kecil. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here