Peta laluan BAS.MY Ipoh di Dewan Bandaran Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 FEBRUARI 2025. Pengangkutan awam Perak Sejahtera 2030 Saarani Mohamad
Peta laluan BAS.MY Ipoh di Dewan Bandaran Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 FEBRUARI 2025.

PENGANGKUTAN awam merupakan antara komponen penting dalam kehidupan rakyat yang bukan sahaja sebagai kemudahan mobiliti tetapi juga pemacu pembangunan ekonomi dan kesejahteraan sosial.

Kemudahan dan sistem pengangkutan awam yang cekap dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas, menjimatkan kos perjalanan, di samping memberi impak besar terhadap pengurangan pelepasan karbon terhadap alam sekitar.

Sejarah perkembangan pengangkutan awam di Negeri Perak bermula dengan laluan kereta api terawal di negara ini yang menghubungkan antara Taiping ke Port Weld (atau kini dikenali sebagai Kuala Sepetang) tahun 1885.

Orang ramai mengunjungi gerabak keretapi Telok Chempedak 22125 di Laman Budaya Taiping. Foto ABDULLAH YUSOF, 12 JANUARI 2024.

Laluan tersebut memainkan peranan penting ketika era penjajahan British kerana digunakan untuk mengangkut bijih timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan.

Selepas kemerdekaan, sistem bas awam mula berkembang termasuk di Perak dengan perkhidmatan bas yang menghubungkan bandar-bandar utama seperti Ipoh, Taiping, dan Teluk Intan.

Transformasi pengangkutan awam di Perak Saarani Mohamad Ipoh Sentral pembangunan transit Perak BAS.MY sistem bas baharu di Perak Sejarah pengangkutan awam Perak Pengangkutan awam lestari di Malaysia Inisiatif Perak Sejahtera 2030 Transformasi sistem bas berhenti-henti SBST
BAS.MY Ipoh di Dewan Bandaran Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 FEBRUARI 2025.

Kini, dengan perkembangan pesat di Negeri Perak, ekosistem pengangkutan awam yang lebih mampan diperlukan bagi memenuhi keperluan rakyat dalam aspek ekonomi, pelancongan, dan kemudahan kesihatan.

Kerjasama erat antara negeri dan Persekutuan yang terjalin membawa telah membawa kepada perancangan terhadap pembangunan dan perkembangan pengangkutan awam di Perak.

Dalam tempoh dua bulan ini Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad telah menyempurnakan dua inisiatif yang sedang dan telah digerakkan iaitu pembangunan projek Ipoh Sentral serta Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) BAS.MY.

BAS.MY Ipoh di Dewan Bandaran Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 FEBRUARI 2025.

 

Ipoh Sentral: Pembangunan Berorientasikan Transit

Projek pembangunan berorientasikan transit (TOD) Ipoh Sentral diusahakan di kawasan seluas 27.1 hektar berhampiran dengan kawasan Stesen Keretapi atau dikenali sebagai Stesen KTM Ipoh.

Selain itu, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM6.25 bilion, projek ini merangkumi pembangunan bercampur yang terdiri daripada ruang kediaman, komersial, dan rekreasi.

Berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) Cadangan Pembangunan Ipoh Sentral lewat Januari lalu, Saarani berkata, projek itu adalah simbol komitmen kerajaan ke arah menjadikan Ipoh sebuah bandar raya yang progresif dan berdaya tahan, sejajar dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030.

Transformasi pengangkutan awam di Perak Saarani Mohamad Ipoh Sentral pembangunan transit Perak BAS.MY sistem bas baharu di Perak Sejarah pengangkutan awam Perak Pengangkutan awam lestari di Malaysia Inisiatif Perak Sejahtera 2030 Transformasi sistem bas berhenti-henti SBST
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (dua, kiri) dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook (dua, kanan) bergambar ketika Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Pembangunan Ipoh Sentral Antara Ipoh Sentral Sdn Bhd dan Country Annexe Sdn Bhd di Hotel Weil, Ipoh, pada Khamis. Turut sama Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim (kiri) dan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah (kanan). Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 JANUARI 2025.

Kata beliau, projek Ipoh Sentral dijangka menjadi pemangkin kepada transformasi Ipoh, daripada pusat perlombongan yang bersejarah kepada hab moden yang berdaya saing, sambil mengekalkan kekayaan warisan budaya dan sejarahnya.

“Pembangunan Ipoh Sentral TOD memainkan peranan penting sebagai pemangkin kepada transformasi Ipoh.

“Sebagai pembangunan pelbagai guna terbesar di Ipoh Tengah, ia bukan sahaja memulihkan keindahan warisan stesen kereta api yang ikonik, tetapi juga meningkatkan kesalinghubungan bandar dan memperkukuh kehidupan bandar yang lestari,” katanya.

Menurut Saarani, projek itu juga adalah bukti kepada perancangan bandar moden yang menjawab cabaran urbanisasi masa kini.

Jelas beliau, dengan inisiatif mewujudkan integrasi hab pengangkutan dan pembangunan pelbagai guna, penduduk di Ipoh akan menikmati kemudahan akses pengangkutan awam yang lebih baik.

Transformasi pengangkutan awam di Perak Saarani Mohamad Ipoh Sentral pembangunan transit Perak BAS.MY sistem bas baharu di Perak Sejarah pengangkutan awam Perak Pengangkutan awam lestari di Malaysia Inisiatif Perak Sejahtera 2030 Transformasi sistem bas berhenti-henti SBST
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (diri, dua kiri) dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook (diri, dua kanan) menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Pembangunan Ipoh Sentral Antara Ipoh Sentral Sdn Bhd dan Country Annexe Sdn Bhd di Hotel Weil, Ipoh, pada Khamis. Turut sama Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim (diri, kiri) dan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah (diri, kanan). Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 23 JANUARI 2025.

Malah beliau berkata, ia secara tidak langsung dapat mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian, serta menyokong gaya hidup yang lebih lestari.

“Sebagai sebahagian daripada inisiatif menjadikan Ipoh bandar pintar, projek Ipoh Sentral turut selari dengan matlamat Pelan Induk Bandar Pintar Ipoh 2030.

“Pembangunan ini akan menyokong pengaplikasian teknologi pintar dalam pengangkutan awam, pengurusan lalu lintas, dan perkhidmatan komuniti,” ujar Saarani lagi.

 

BAS.MY: Transformasi Pengangkutan Bas

Tidak hanya bernoktah di situ, baru-baru ini Kementerian Pengangkutan melancarkan Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST) atau BAS.MY yang melibatkan peruntukan RM13.17 juta setahun atau RM65.85 juta bagi tempoh lima tahun.

Melalui inisiatif itu, sebanyak 51 bas baharu terdiri daripada 14 bas midi dan 37 mini low floor digunakan untuk memenuhi pengoperasian di 16 laluan termasuk Medan Kidd, Bercham, Tanjung Rambutan, Chemor, Pasir Puteh, Pengkalan Sentosa, dan sebagainya.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menaiki BAS.MY Ipoh selepas melancarkannya di Dewan Bandaran Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 FEBRUARI 2025.

Menurut Saarani, liputan perkhidmatan BAS.MY juga akan diperluaskan dengan melibatkan lima Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Majlis Daerah Kampar (MDKpr), Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) dan Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT).

“Dengan jaringan yang lebih menyeluruh, lebih ramai rakyat akan mendapat akses kepada perkhidmatan bas yang lebih efisien, terutama di kawasan berpenduduk padat, pusat perniagaan, institusi pendidikan, serta lokasi tumpuan pelancongan.

“Inilah bentuk transformasi pengangkutan awam yang kita impikan, iaitu lebih moden, cekap, mesra rakyat, dan lebih berdaya maju.

“SBST bukan hanya menyediakan perkhidmatan bas, tetapi membentuk ekosistem mobiliti baharu yang lebih dinamik,” tambahnya.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke melancarkan BAS.MY Ipoh di Dewan Bandaran Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 24 FEBRUARI 2025.

Saarani berkata, kajian menunjukkan bahawa sebuah bas mampu menggantikan sehingga 40 kenderaan persendirian di jalan raya, sekali gus mengurangkan kesesakan trafik dan menyokong matlamat pembangunan lestari.

Justeru beliau berkata, kerajaan sedang merancang untuk memperluaskan bas pengantara atau feeder bus di samping memberi perhatian kepada aspek ‘First dan Last Mile Connectivity’, yang mana rakyat tidak mengalami kesukaran untuk bergerak dari rumah ke perhentian bas.

“Selain memberi manfaat kepada rakyat dari segi kos dan aksesibiliti, penggunaan SBST juga menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.

“Dengan lebih ramai rakyat beralih kepada pengangkutan awam, kita juga dapat mengurangkan pelepasan karbon dan pencemaran udara,” katanya. – MG Perak

 

Artkek Berkaitan:

Lima fokus Perak kekal momentum hadapi 2025

Perak sedia jadi peneraju ekonomi biru negara

Kad Perak Sejahtera ringan beban belanja barang asas – penerima

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here