KUALA LUMPUR – Program Himpunan Pahang Bermunajat, Raja Berdaulat yang berlangsung di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, di Kuantan semalam, menyatukan pemimpin politik mewakili pelbagai parti.
Perkara itu diakui Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh yang berkongsi gambar beliau bersama beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN).
Antara yang dilihat turut hadir iaitu Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim.
“Demi agama, bangsa dan raja, kami bersatu tanpa kira perbezaan warna politik. Daulat Tuanku,” tulis Akmal di Facebook.
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan berangkat ke program berkenaan. – MalaysiaGazette