Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Ammar Atan.

KUALA LUMPUR – Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menuntut Naib Ketua Pemuda Harapan (PH) Ammar Atan menarik balik kenyataan yang disifatkan fitnah berhubung kritikan beliau dalam isu Kumpulan Wang Simpana Pekerja (KWSP).

Ka Siong menegaskan, kenyatan Ammar bahawa beliau mengkritik kononnya KWSP berada dalam keadaan kurang baik dalam pelaburan dan mungkin akan memberi kadar dividen rendah adalah tidak tepat.

“Saya tidak pernah menyatakan bahawa KWSP berada dalam keadaan kritikal atau bakal memberikan dividen yang lebih rendah bagi tahun lepas.

“Isu yang saya bangkitkan adalah berasaskan rekod awam dan bertujuan untuk membuka perbincangan yang konstruktif mengenai pengurusan pelaburan KWSP – jauh dari memfitnah sesiapa.

“Saya tuntut agar kenyataan Ammar Atan yang tidak tepat dan merupakan fitnah terhadap saya ini ditarik balik segera,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau malam tadi.

Sementara itu, Ka Siong berkata, kadar dividen KWSP yang lebih tinggi bagi tahun 2024 tidak bermakna sebarang kerugian daripada berlakunya tindakan ‘jual murah, beli balik mahal’ saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) tidak berlaku.

Bahkan, ujar beliau, dividen KWSP bagi tahun 2024 yang dikatakan tinggi itu akan lebih tinggi sekiranya kejadian tersebut (penjualan saham MAHB) tidak berlaku.

Semalam, Ammar dalam satu kenyataan mendesak Ka Siong dan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menarik balik tuduhan terhadap kerajaan serta memohon maaf kepada rakyat KWSP selepas mendakwa kumpulan caruman pekerja itu berada dalam keadaan kritikal dan bakal memberi dividen rendah.

Gesaan itu susulan pengumuman kadar dividen sebanyak 6.3 peratus bagi simpanan konvensional dan simpanan syariah bagi tahun 2024 seperti diumumkan KWSP semalam. – MalaysiaGazette

Ka Siong, Wan Fayshal digesa tarik tuduhan terhadap kerajaan, minta maaf pada KWSP

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here