Deshbandu Tennakoon

COLOMBO – Polis Sri Lanka sedang mencari ketua mereka selepas mahkamah mengeluarkan perintah untuk menangkapnya berhubung pembunuhan seorang pegawai semasa serbuan dadah yang gagal.

Ketua Polis Negara Sri Lanka, Deshabandu Tennakoon telah hilang sejak seorang majistret di selatan pulau itu mengarahkan penahanannya pada hari Jumaat, berikutan dakwaan bahawa beliau telah mengarahkan serbuan pada 31 Dis 2023.

“Kami pergi ke rumahnya untuk melaksanakan waran tangkap tetapi dia telah bersembunyi, meninggalkan pengawal peribadinya,” kata seorang pegawai kanan.

Beliau berkata, mahkamah juga telah mengenakan larangan perjalanan asing ke atas Tennakoon, 53, untuk menghalangnya daripada meninggalkan pulau itu.

Tennakoon mengarahkan satu unit dari Colombo untuk menggeledah sebuah hotel di Weligama, sebuah bandar peranginan kira-kira 150 kilometer dari selatan ibu negara, untuk mengesan dadah

Polis yang tidak menyedari operasi penyamaran, berhadapan dengan unit dari ibu negara, mencetuskan pertempuran senjata sehingga seorang pegawai terbunuh dan seorang lagi cedera parah.

Dan, tiada dadah ditemui di hotel berkenaan.

Tennakoon secara kontroversi dinamakan sebagai ketua polis pada November 2023 tetapi pelantikannya telah dicabar di Mahkamah Agung, yang menggantungnya pada Julai tahu lalu sementara menunggu selesai perbicaraan.

Dia diberi jawatan tertinggi walaupun mahkamah tertinggi negara ini mendapati dalam kes berasingan dia telah menyeksa suspek dalam tahanan dengan menyapu salap mentol pada kemaluannya.

Mahkamah telah memerintahkan Tennakoon membayar setengah juta rupee (AS$1,600) kepada mangsa tetapi kerajaan pada masa itu tidak mengendahkan perintah kehakiman untuk mengambil tindakan tatatertib terhadapnya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here