Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi (dua, kanan) menyampaikan sumbangan bagi pihak Perdana Menteri kepada Saluna Mat Jusoh di kediamannya di Kampung Cherating, Kuantan.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan wang tunai kepada seorang nelayan di Pahang bagi meringankan beban selepas pendapatan terjejas kerana tidak dapat ke laut akibat cuaca tidak menentu.

Sumbangan menerusi Siri Ziarah Madani itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi kepada Saluna Mat Jusoh iaitu isteri kepada nelayan dikenali sebagai Hasim, di Kampung Cherating, Kuantan.

Ahmad Farhan dalam hantaran Facebook miliknya berkata, Pegawai Pusat Komuniti Madani Indera Mahkota memaklumkan mengenai keadaan rumah Hasim yang uzur membabitkan atap bocor, dinding reput dan dapur daif, menjadikan rumah itu bukan tempat berteduh yang selesa buat keluarganya.

Selain tidak dapat mencari rezeki akibat cuaca tidak menentu, pendapatan Hasim sebagai nelayan sekitar RM1,000 sebulan menyebabkan beliau menanggung bebanan kos sara hidup.

“Lantaran itu, saya hadir untuk menghulurkan harapan agar rumah Saluna sekeluarga dapat dibaik pulih supaya lebih selesa dan selamat untuk mereka sekeluarga.

“Besar harapan kami agar bantuan ini dapat memberi sedikit kelegaan buat Saluna dan keluarganya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here