Keadaan motosikal mangsa yang terlibat dalam nahas di Jalan Jenderam Hilir dari arah Salak Tinggi menghala ke Bangi.

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah pikap di Jalan Jenderam Hilir dari arah Salak Tinggi menghala ke Bangi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, kejadian yang berlaku lebih kurang 7.30 pagi itu mengakibatkan ketika penunggang motosikal berusia 22 tahun cedera di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, setakat ini jenis dan nombor pendaftaran pikap tersebut belum dikenalpasti.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Inspektor Nurulsakela Ramlee di talian 019-5588221. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast