khairat BKM
Bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) di Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, Cyberjaya. foto arkib Malaysia Gazette

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) berjaya mengenal pasti sebanyak 66,000 perniagaan melalui Platform e-dagang tidak mempunyai atau mematuhi bayaran ansuran anggaran cukai mengikut peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) sejak 1 Ogos 2024.

Menurutnya, semakan juga mendapati tiada rekod Borang Nyata Cukai Pendapatan oleh perniagaan berkenaan dikemukakan sedangkan sejumlah 4 juta e-Invois telah dikeluarkan oleh 66,000 perniagaan tersebut.

Sehubungan itu, peniagaan terlibat disarankan untuk sentiasa mengemaskini rekod cukai mereka dan memastikan pematuhan sepenuhnya bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan diambil oleh LHDN.

Tegasnya, dengan pelaksanaan e-Invois, LHDN memantau secara aktif data pembayar cukai yang telah disahkan dalam system MyInvois untuk memastikan pematuhan cukai secara sukarela dan berterusan, selaras dengan prinsip keadilan dalam sistem percukaian negara.

Sehingga 3 Mac 2025, sekitar 196 juta e-Invois telah dikeluarkan secara keseluruhan.

“Penyertaan pembayar cukai ini bukan sahaja melibatkan pembayar cukai fasa pertama dan kedua yang melaksanakan e-Invois mulai 1 Januari 2025, tetapi turut disertai oleh pembayar cukai fasa ketiga secara sukarela.

“Ini menunjukkan tahap penerimaan yang baik oleh pembayar cukai dalam mematuhi pelaksanaan e-Invois,” katanya.

LHDN juga ingin memaklumkan tempoh kelonggaran pembayar cukai fasa pertama telah tamat pada 31 Januari 2025 dan mereka ini perlu melaksanakan e-Invois sepenuhnya mengikut garis panduan e-Invois bermula 1 Februari 2025.

Di samping itu, LHDN turut menyediakan pelbagai saluran komunikasi bagi membolehkan pembayar cukai mengemukakan sebarang pertanyaan berkaitan
pelaksanaan e-Invois.

Pembayar cukai disarankan untuk menghubungi saluran khas e-Invois yang disediakan oleh HASiL bagi mendapatkan bantuan khidmat nasihat
pelaksanaan e-Invois melalui pelbagai saluran yang disediakan berikut:

a. Meja Bantuan e-Invois HASiL di talian 03-8682 8000 (talian 24 jam);
b. MyInvois Live Chat;
c. E-mel [email protected] bagi pertanyaan umum e-Invois; dan
d. Borang Maklum Balas Pelanggan MyInvois di pautan
https://feedback.myinvois.hasil.gov.my. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here