Wilfred
Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Madius Tangau

KUALA LUMPUR- Kerajaan disaran untuk mengedarkan buku Perlembagaan Persekutuan secara percuma kepada rakyat.

Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, langkah itu dapat meningkatkan kesedaran rakyat tentang kandungan Perlembagaan Persekutuan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Ia juga membolehkan rakyat memahami dan memupuk semangat cintakan negara yang tinggi serta mengetahui hak masing-masing yang dilindungi oleh Perlembagaan.

“Sebab itu saya mencadangkan Menteri Perpaduan Negara supaya mencetak dan mengedarkan secara percuma bermula daripada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di bawah seliaan kementerian ini.

“Ini bagi membolehkan timbul kesedaran bukan sahaja dalam kalangan rakyat tetapi juga dalam kalangan para pemimpin tempatan malah juga wakil – wakil rakyat dalam menyuarakan sesuatu pandangan, tindakan atau mengambil sebarang keputusan.

“Maka dengan itu, tidak timbul lagi persoalan tentang hak – hak tertentu termasuk dalam hal ehwal pindaan – pindaan perlembagaan seperti yang berlaku berulang kali di Dewan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Madius berkata, rakyat perlu memahami bahawa Perlembagaan Persekutuan amat penting dan boleh menjadi pelindung kepada semua pihak di dalam negara.-MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here