Suspek lelaki yang ditahan bersama pelbagai jenis dadah di susur keluar tol Lembah Beringin, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan ditahan bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM13,220 kira-kira jam 4.30 pagi pada 1 Mac lalu di susur keluar tol Lembah Beringin.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, anggaran berat keseluruhan dadah yang dirampas iaitu heroin, syabu, erimin 5 ialah 682.00 gram

Menurutnya, bekalan ini boleh digunakan oleh 2,728.00 orang penagih dengan mengambil kira penggunaan sebanyak 0.25 gram bagi setiap pengambilan

Tambah beliau, suspek juga mempunyai rekod lampau kes dadah dan hasil ujian saringan awal polis mendapati air kencing positif dadah jenis methamphetamine dan morphine.

Ahmad Faizal menambah, dadah yang dirampas itu dipercayai untuk dipasarkan di sekitar daerah Hulu Selangor.

Suspek telah ditahan reman selama tujuh hari hingga 7 Mac 2025 dan kes disiasat di bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 yang mana jika disabitkan kesalahan, akan dijatuhi hukuman gantung sampai mati atau di penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 15 sebatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here