Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain

KUALA LUMPUR- Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husin mengesahkan, setakat ini pihaknya telah menerima enam laporan berkaitan isu tiga penyampai radio Era FM yang didakwa mempersenda agama lain, baru-baru ini.

Susulan itu katanya, pihak polis sedang menjalankan siasatan kes tersebut mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan awal mendapati video tersebut telah dipadamkan oleh pihak stesen radio selepas mendapat kecaman daripada pelbagai pihak.

“Bagaimanapun, semakan mendapati video terbabit sempat ditonton sebanyak 95,400 kali dan turut dikongsi oleh 204 pengguna di media sosial,” katanya hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/03/04/hina-hindu-nabil-ahmad-radin-dan-azad-digantung-tugas/

https://malaysiagazette.com/2025/03/04/hina-hindu-era-fm-nabil-radin-azad-mohon-maaf/

https://malaysiagazette.com/2025/03/04/ceo-astro-audio-bertemu-skmm-gantung-dua-lagi-petugas/

Astro Audio dalam kenyataan berkata, kesemua penyampai segmen 3 Pagi Era itu mengakui kesilapan mereka dan digantung daripada ke udara sehingga diberitahu kelak sementara siasatan dalaman dijalankan terhadap dakwaan tersebut.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here