ANAK bongsu ADUN Gurun, Baddrol Bakhtiar meninggal dunia, awal pagi tadi. - FOTO: TikTok Baddrol Bakhtiar

KUALA LUMPUR – Anak bongsu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar meninggal dunia, awal pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan menerusi akaun media sosial Facebook milik bekas pemain bola sepak kebangsaan itu hari ini.

“Dukacita dimaklumkan anak bongsu YB Baddrol Bakhtiar kembali ke Rahmatullah jam 3.15 pagi ini.

“Jenazah masih di hospital dan akan dibawa ke Masjid Taman Ria, Sungai Petani.

“Doakan semoga mereka sekeluarga tabah dan dipermudahkan segala urusan,” kata kenyataan itu.

Difahamkan, anak bongsu Baddrol berusia setahun itu mempunyai masalah kesihatan berkaitan jantung dan paru-paru dan menerima rawatan di sebuah hospital sebelum ini.

Baddrol yang juga bekas pemain skuad Harimau Malaya dan pernah beraksi untuk Kedah dan Sabah memilih laluan politik dengan menyertai Pas dan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here