Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan taktik licik scammer yang semakin berleluasa di media sosial. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman menegaskan bahawa sindiket penipuan kini menggunakan teknologi Generatif AI untuk memperdaya mangsa, termasuk mencipta identiti palsu, mesej automatik yang meyakinkan, serta paparan visual yang kelihatan autentik. Sehubungan itu, masyarakat digesa untuk lebih berwaspada, menyemak kesahihan maklumat sebelum membuat sebarang transaksi, dan tidak mendedahkan maklumat peribadi sewenang-wenangnya.