Md Azhan menampal poster Kempen Penghayatan Ramadan Al Mubarak di sebuah restoran mamak di Bukit Baru, Melaka dalam operasi pagi tadi.

MELAKA – Tiga lelaki dipercayai kaki ponteng puasa ‘terselamat’ daripada diberkas Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang melakukan operasi dan kempen penghayatan Ramadan di sini pagi tadi.

Operasi diketuai Pengarah JAIM, Datuk Md Azhan Samat bersama Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Akmal Nadzim Abdullah bermula 9 pagi di medan selera dan restoran mamak sekitar Bukit Baru dan Ayer Keroh.

Situasi pertama di sebuah restoran mamak di Bukit Baru, dua pemandu lori yang berada di kaki lima kedai dipercayai hendak memesan makanan secara bungkus tiba-tiba terkedu apabila melihat sepasukan penguat kuasa menyerbu premis.

Penguat kuasa JAIM melakukan pemeriksaan terhadap pelanggan sebuah restoran mamak di Ayer Keroh.

Kedua-dua mereka berusia lingkuran 30 an kemudian dilihat sekadar berdiri berhampiran lori di kaki lima sementara penguat kuasa JAIM melakukan pemeriksaan dan menampal poster Kempen Penghayatan Ramadan Al Mubarak.

Situasi sama berlaku di sebuah lagi premis di Ayer Keroh apabila seorang lelaki tiba-tiba meletakkan motosikal di ruang parkir berhampiran dapur restoran mamak berkenaan pada pukul 9.35 pagi.

Lelaki berusia lingkungan awal 30-an itu bagaimanapun terkejut apabila melihat sepasukan penguat kuasa JAIM sedang melakukan pemeriksaan terhadap pemilik dan pelanggan restoran yang lain.

Md Azhan menasihati pekerja sebuah restoran mamak di Ayer Keroh mengenai kempen penghayatan Ramadan.

Penunggang motosikal itu kemudian terus beredar meninggalkan restoran berkenaan tanpa membuat sebarang pesanan makanan.

Hasil temubual bersama pekerja restoran berkenaan mengakui, ada dalam kalangan pelanggan lelaki dipercayai kaki ponteng puasa membuat pesanan secara bungkus dengan cara menunggu di dalam kenderaan.


Pasukan penguat kuasa memeriksa sebuah rumah terbiar di belakang restoran mamak di Ayer Keroh yang dijadikan ‘port’ kaki ponteng puasa

Dalam operasi itu, JAIM turut menyerbu sebuah rumah kosong di belakang sebuah restoran mamak di Ayer Keroh yang sering dijadikan ‘port’ kaki ponteng puasa.

Bagaimanapun, tiada tangkapan dilakukan kerana premis yang kosong kecuali terdapat puluhan kesan puntung rokok dibuang di lantai kediaman dipenuhi semak samun itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here