Datuk Seri Yahaya Othman

KUANTAN – Seorang pesara wanita mengalami kerugian RM105,311.72 setelah terpedaya dengan skim pinjaman tidak wujud di Maran sejak Februari lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa berusia 61 tahun membuat 35 kali transaksi ke 19 penama akaun yang berbeza-beza kepada suspek dengan menggunakan wang simpanannya.

”Mangsa telah melihat iklan mengenai pinjaman wang di aplikasi Google atas nama Syarikat Kota Warisan Capital Sdn Bhd (Jom Loan).

”Wanita berkenaan telah klik link yang membawa mangsa berhubung kepada individu tidak dikenali di aplikasi Whatsapp, seorang agen dari syarikat tersebut,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mangsa kemudian berminat untuk membuat pinjaman sebanyak RM60,000 dan menyerahkan maklumat peribadi seperti gambar kad pengenalan dan penyata pencen, ujarnya.

Katanya, mangsa mula terjerat apabila dimaklumkan bahawa pinjaman telah diluluskan.

“Pada 8 Februari sehingga 26 Februari 2025, mangsa diminta untuk membuat pembayaran untuk menaikkan Credit Scoring, SST Charge, Insurance, AKPK Test Payment, Renew Agreement, Penalty Charge, Government & Service Tax, Cancellation Legal dan Processing Fees.

“Bagi mendapatkan refund semula, mangsa telah diminta untuk membuat pembayaran lain dan diugut untuk diviralkan gambar kad pengenalan mangsa di aplikasi Facebook dan menghantar Debt Collectors untuk menuntut hutang di rumah walaupun mangsa tidak pernah menerima sebarang pembayaran dari pihak agen pinjaman wang tersebut,” tambahnya.

Jelas Yahaya, mangsa membuat laporan polis kerana disyaki ditipu oleh pihak ejen pinjaman wang tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here