Seorang ahli perniagaan kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM400,000 daripada seorang lelaki sebagai balasan mendapatkan hak penggunaan tanah milik anak syarikat kerajaan negeri.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman seorang ahli perniagaan kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM400,000 daripada seorang lelaki sebagai balasan mendapatkan hak penggunaan tanah milik anak syarikat kerajaan negeri.

Perintah reman selama lima hari sehingga 9 Mac 2025 terhadap suspek lelaki berusia lingkungan 40-an dikeluarkan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek telah ditahan di Pejabat SPRM Kedah sekitar jam 3.25 petang semalam ketika hadir memberi keterangan.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai meminta wang rasuah berkenaan sebagai balasan membantu mendapatkan hak penggunaan tanah bagi satu projek usahasama.

“Suspek dipercayai melakukan kesalahan berkenaan sekitar Jun 2020,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Ahmad Nizam Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here