Foto: JBPM Perak

IPOH – Pasangan suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Pantai Batu 9, Tanjung Piandang dekat Kuala Kurau, pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa lelaki berusia 59 tahun yang memandu kereta Perodua Kelisa dan isterinya berumur 66 tahun disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang berada di tempat kejadian.

“Seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun yang merupakan anak pasangan tersebut mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sabarodzi berkata, pihaknya menerima panggilan pada 7.29 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kurau bergegas ke lokasi kejadian sejauh sembilan kilometer.

Beliau berkata, kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu Perodua Kelisa dan Honda City, bagaimanapun pemandu Honda City tidak dapat dikesan.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan dan operasi tamat sepenuhnya pada 8.50 pagi. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here