Isu penyampai radio, permohonan maaf adalah sesuatu yang baik kerana ia menunjukkan individu tersebut menyedari ungkapan atau perbuatan dilakukan tidak sepatutnya berlaku.
Namun, dalam konteks hubungan kaum dan kepelbagaian agama serta budaya di negara kita, insiden seperti ini memberikan pengajaran kepada kita semua untuk sentiasa berhati-hati. – Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail