Foto: JBPM
KUALA LUMPUR – Seorang wanita maut dalam kejadian tanah runtuh membabitkan sebuah rumah di Kampung Lok Bonu, Jalan Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah awal pagi ini.

Komander Operasi, PBK II KUP Musa Kunjan berkata, Jabatan Bomba dan penyelamat (JBPM) Negeri Sabah menerima panggilan tentang kejadian tanah runtuh itu pada jam 4.32 pagi.

Jelasnya, seramai 10 anggota bomba daripada Balai Bomba dan penyelamat (BBP) Kota Kinabalu telah bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera FRT dan kenderaan Unit EMRS sebaik dihubungi.
“Berlaku hakisan tanah dan menyebabkan sebuah rumah tertimbus.
“Kediaman tersebut adalah jenis tidak kekal dengan keluasan 10×15 kaki telah mengalami kerosakan 100 peratis,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Menurut Musa, terdapat dua orang mangsa yang terlibat dalam kejadian itu yang mana salah seorang mangsa adalah wanita berusia 53 tahun yang tertimbus berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.
Bagaimanapun, tambah beliau, wanita tersbut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian kesihatan malaysia (KKM) selepas pemeriksaan dilakukan.
Beliau memberitahu, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polisĀ  untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Musa berkata, seorang lagi mangsa lelaki iaitu anak wanita tersebut yang berumur 25 tahun terselamat dan tidak mengalami kecederaan.
Katanya, setelah memastikan tiada lagi bahaya lain yang wujud, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7 pagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here