SAN FRANCISCO- Apple melancarkan cip berpretasi paling tinggi di syarikat itu, M3 Ultra pada Khamis,
Cip yang menawarkan CPU dan GPU paling berkuasa dalam Mac, mempunyai teras Neural Engine dua kali ganda dan mempunyai unified memory terbaik yang ada pada komputer peribadi, kata Apple.
M3 Ultra juga menampilkan ciri-ciri Thunderbolt 5 yang lebih dua kali ganda.
Ia direka menggunakan seni bina pembungkusan UltraFusion Apple, yang menghubungkan dua cip M3 Max melalui lebih 10,000 sambungan berkelajuan tinggi yang menawarkan kependaman rendah dan lebar jalur tinggi, menurut syarikat itu.