LONDON – Harga kontrak minyak antarabangsa utama, Brent jatuh ke paras terendah sejak 2021 berikutan data yang menunjukkan stok minyak mentah AS melonjak.
Sekitar 1610 GMT harga minyak mentah Brent turun 3.36 peratus kepada AS$68.65, sejurus selepas keluaran data menunjukkan peningkatan yang lebih tinggi daripada jangkaan sebanyak 3.6 juta tong dalam stok minyak mentah AS minggu lepas.
Harga kontrak minyak mentah utama AS, turun empat peratus kepada AS$65.53. – Agensi