Sirajuddin Suhaimee

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap seorang individu yang memuat naik kandungan di media sosial yang mempermain serta mempersendakan ajaran Islam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, laporan dibuat bagi memastikan tindakan tegas dapat diambil terhadap individu terbabit selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa.

“JAKIM memandang serius tindakan seorang individu yang memuat naik kandungan media yang jelas mempermainkan serta mempersendakan ajaran Islam.

“JAKIM menyeru agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu berkenaan selaras dengan undang-undang,” katanya menerusi kenyataan.

Sirajuddin berkata, kandungan media sosial itu yang kini tular jelas mencetuskan ketidakharmonian dalam masyarakat, malah berpotensi menimbulkan ketegangan antara agama dan kaum

“Oleh itu, semua pihak harus menghentikan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi, kemarahan, dan ketegangan dalam masyarakat.

“Dalam bulan Ramadan yang penuh mulia ini, semua pihak dinasihatkan untuk mengamalkan sikap hormat-menghormati serta menjaga adab.

“Keamanan dan kesejahteraan negara hanya dapat dikekalkan melalui sikap saling menghormati serta memahami antara masyarakat,” katanya tanpa dapat dipastikan individu dan kandungan media sosial yang dimaksudkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here