Tan Sri Razarudin Husain

KUALA LUMPUR – Sebanyak 73 laporan polis telah diterima berkait kes enam kakitangan termasuk tiga penyampai radio Era FM berhubung dakwaan mempersendakan upacara agama Hindu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkaya, kesemua lpaoran itu diterima daripada seluruh negara termasuk daripada inidividu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Setakat ini, tiada individu yang dipanggil bagi proses merakam percakapakn selain keterangan daripada enam individu yang terlibat semalam.

“Pihak polis juga telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes ini dan sudah merujuk ke Pejabat Peguam Negara (AGC) hari ini (6 Mac).

“Sehubungan itu, saya memohon semua pihak agar tidak membuat sebarrang spekulasi berhubung siasatan yang sedang dijalankan ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, orang ramai juga disaran tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan suasana tidak harmoni antara agama dan bangsa di media sosial.

Tegas Razaruddin, sebarang tindakan yang cuba memecah-belahkan perpaduan mahupun menimbulkan ketegangan boleh diambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada.

Selasa lalu, penyampai radio slot 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Azad Jazmin dan Radin tampil memohon maaf susulan video kontroversi yang dilihat mempersendakan tarian kavadi Hindu.

Berikutan itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan terperinci setelah menerima aduan daripada pelbagai pihak berhubung tindakan kakitangan stesen radio berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here