Suspek dibenarkan reman selama tiga hari bermula hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang pekerja penyelenggara direman selama tiga hari bagi membantu siasatan penemuan beg berisi lebih 700 peluru hidup dan 13 peluru kosong jenis kaliber 22 di sebuah pangsapuri di Bukit Jambul di sini pada Selasa lalu.

Perintah reman terhadap lelaki tempatan berusia 46 tahun itu dikeluarkan Majistret Siti Nur Suhaila Baharin bermula hari ini sehingga 8 Mac depan.

Permohonan reman itu dibenarkan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

MalaysiaGazette difahamkan, peluru itu dijumpai oleh suspek pada bulan Mei tahun lalu di sebuah rumah milik seorang lelaki yang telah meninggal dunia pada 2021.

Suspek dikatakan menemui peluru berkenaan semasa dia melakukan kerja-kerja pembersihan sebelum menyimpannya di dalam stor di blok lain pangsapuri sama.

Suspek kemudian dikatakan, meletakkan beg berisi peluru di kawasan pembuangan sampah pangsapuri berkenaan sebelum menelefon polis bagi memaklumkan penemuan kerana tidak tahu cara yang betul untuk melupuskan peluru tersebut. 

ARTIKEL BERKAITAN:

Pekerja penyelenggara ditahan bantu siasatan penemuan lebih 700 peluru

Polis siasat penemuan lebih 700 peluru di tong sampah pangsapuri

Media semalam melaporkan polis berjaya menyelesaikan kes penemuan beg berisi ratusan peluru dalam tempoh 24 jam susulan penahanan suspek.

Difahamkan, peluru tersebut boleh digunakan untuk memburu binatang serta latihan menembak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here