Polis masih menunggu laporan proses bedah siasat kematian pegawai tribunal rayuan kastam di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) di Putrajaya semalam.

KUALA LUMPUR – Polis masih menunggu laporan proses bedah siasat kematian pegawai tribunal rayuan kastam di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) di Putrajaya semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, setakat ini, kes masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), sementara pihak forensik menjalankan siasatan lanjut.

“Kes masih dalam siastaan SDR sekiranya ada keterangan yang menunjukkan wujud perlakuan jenayah, kes akan diklasifikasikan semula (siasatan),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam media melaporakan, seorang pegawai tribunal rayuan MoF ditemui mati dalam keadaan leher dan kakinya terikat menggunakan pengikat kabel di pejabatnya.

Rusdi dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu sekitar jam 10.56 pagi sebelum sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dikejarkan ke lokasi.

Katanya, seorang lelaki berusia 45 tahun ditemui dalam keadaan terbaring di atas lantai pejabatnya dan pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Polis KL sahkan temui mayat kakitangan Pejabat Perbendaharaan di Putrajaya

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here