Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Datuk Mohd Muazzam Mohamed dan Panglima Armada Barat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Madya Muhamad Azuwan Harun mengacau bubur lambuk pada Program Ihtimam Ramadan 2025 di Masjid An-Nur, Pangkalan TLDM, Lumut. Foto ABDULLAH YUSOF, 07 MAC 2025.

Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam), memperuntukan lebih daripada RM550,000 dalam mengimarahkan Ramadan 2025 melalui pelbagai program sepanjang bulan mulia ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Datuk Mohd Muazzam Mohamed berkata, ia termasuklah serahan zakat dan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di beberapa lokasi dalam negara.

Menurut beliau, antara salah satu program yang dilaksanakan Bank Islam sempena Ramadan adalah Program Ihtimam Ramadan 2025 yang dianjurkan di Masjid An-Nur, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut.

Beliau berkata, sebanyak RM65,000 diperuntukkan dalam melaksanakan program yang memasuki tahun ke-10 penganjurannya itu bagi menyantuni dan berkongsi rezeki dengan komuniti sekitar, khususnya dalam meraikan kemuliaan bulan Ramadan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Datuk Mohd Muazzam Mohamed pada sidang media Program Ihtimam Ramadan 2025 di Masjid An-Nur, Pangkalan TLDM, Lumut. Foto ABDULLAH YUSOF, 07 MAC 2025.

“Program Ihtimam Ramadan kali ini diadakan di Masjid An-Nur, Pangkalan TLDM Lumut, dengan kerjasama masyarakat di dalam pangkalan ini.

“Alhamdulillah kami juga mengambil peluang ini untuk menyerahkan zakat berjumlah RM30,000 kepada lebih kurang 100 penerima asnaf selain turut menyumbangkan RM5,000 kepada Masjid An-Nur dan RM30,000 untuk dana CSR,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pemberita pada pada Program Ihtimam Ramadan 2025 di Masjid An-Nur, Pangkalan TLDM, di sini, yang turut dihadiri Panglima Armada Barat TLDM, Laksamana Madya Muhamad Azuwan Harun.

Mohd Muazzam berkata, penganjuran Ihtimam Ramadan setiap tahun merupakan usaha dalam menzahirkan penghargaan kepada masyarakat yang menyokong Bank Islam selama 42 tahun.

Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bergotong royong menyiapkan bubur lambuk pada Program Ihtimam Ramadan 2025 di Masjid An-Nur, Pangkalan TLDM, Lumut. Foto ABDULLAH YUSOF, 07 MAC 2025.

“Ini merupakan sebahagian daripada cara kami menzahirkan penghargaan kepada masyarakat yang mana bagi kami kemakmuran yang dirai oleh Bank Islam itu adalah sesuatu yang perlu kami kongsikan bersama dengan masyarakat.

“Penglibatan kami bersama-sama dengan masyarakat simboliknya adalah dalam menyediakan iftar terutamanya bubur lambuk yang sememangnya menjadi satu aktiviti yang kita katakan tradisi,” katanya.

Sementara itu, Muhamad Azuwan turut merakamkan jutaan terima kasih di atas kesudian Bank Islam memilih Pangkalan TLDM Lumut sebagai lokasi program Ihtimam Ramadan 2025.

Panglima Armada Barat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Madya Muhamad Azuwan Harun pada sidang media Program Ihtimam Ramadan 2025 di Masjid An-Nur, Pangkalan TLDM, Lumut. Foto ABDULLAH YUSOF, 07 MAC 2025.

“Kami amat teruja disamping dapat memupuk semangat antara satu sama lain di mana program ini turut memberi manfaat bukan sahaja kepada warga TLDM sendiri yang berada di Pangkalan Lumut tetapi juga komuniti setempat untuk sama-sama kita raikan Ramadan.

“Disamping itu juga saya percaya dengan adanya kolaborasi sedemikian Insya-Allah hubungan rapat antara TLDM dengan Bank Islam ini akan memberi berkat,” katanya.

Program Ihtimam Ramadan 2025 merupakan kesinambungan inisiatif tanggungjawab
sosial korporat Kumpulan Bank Islam bersama anggota pertahanan negara. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here