Nik Nazmi Nik Ahmad ketika meninjau keadaan semasa kebakaran ladang kelapa yang memasuki hari ke-12 di Gebeng hari ini

KUANTAN – Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan untuk melakukan proses pembenihan awan dalam usaha membantu memadamkan kebakaran ladang kelapa di belakang Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) Gebeng.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya akan mendapatkan pandangan daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mendapatkan langkah terbaik bagi operasi pemadaman yang berlaku sejak 22 Februari lalu.

”Pelaksanaan itu perlu mengikut prosedur termasuk perbincangan dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

“Kita tidak boleh dilakukan secara tiba-tiba kerana ia memerlukan penelitian sama ada awan itu sesuai untuk melaksanakan proses pembenihan berkenaan,” katanya ketika dsidang media selepas meninjau keadaan semasa kebakaran ladang kelapa yang memasuki hari ke-12, di sini hari ini.

Kawasan kebakaran ladang kelapa terbabit meningkat kepada lebih kepada 130 hektar setakat ini.

Daripada jumlah itu seluas 98 hektar berjaya dipadamkan menggunakan melaksanakan 84 kali bom air menggunakan pesawat Mi-17 IV. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here