Rayer
RSN Rayer.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menggesa pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) menyekat atau menghapuskan segera hantaran di laman sosial Facebook penceramah bebas, Zamri Vinoth yang menyentuh mengenai agama Hindu.

Menurut Rayer, selepas lebih 48 jam, hantaran Zamri Vinoth yang disifatkan sangat provokatif dan menyinggung perasaan penganut agama Hindu itu masih terdapat di halaman Facebook dan boleh diakses oleh orang ramai.

Sedangkan, beliau serta beberapa pihak lain sebelum ini telah membuat laporan polis terhadap Zamri Vinoth berhubung hantaran tersebut.

“Mengapa pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) masih belum menyekat atau menghapuskan hantaran ini sehingga kini?

“Saya sekali lagi menggesa pihak berkuasa untuk bertindak segera bagi mengelakkan keadaan daripada berlarutan dan mencetuskan keganasan yang boleh mengancam keselamatan serta keharmonian negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Rayer, hantaran oleh Zamri Vinoth itu didakwanya menghina, bersifat provokatif dan menyinggung perasaan terhadap agama Hindu dan perayaan Thaipusam.

Malah dalam mesej yang sama, Zamri Vinoth turut mencetuskan ketegangan kaum dan agama dengan secara tidak wajar mengaitkan laungan “Vel Vel” semasa Thaipusam dengan kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim di Seafield, Subang Jaya, Selangor. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here