Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Kadar inflasi negara diramal masih terkawal tahun ini walaupun selepas pelaksanaan dasar gaji baharu dan rasionalisasi subsidi RON95.

Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) dalam nota penyelidikannya berkata, dasar gaji baharu termasuk Fasa 1 semakan gaji perkhidmatan awam pada Disember 2024 dan kenaikan gaji minimum berkuat kuasa Februari 2025 dijangka memberi kesan terhad kepada inflasi, walaupun ia meningkatkan permintaan domestik.

Ketua Ahli Ekonominya, Suhaimi Ilias berkata, ketiadaan tekanan permintaan yang berlebihan dapat dilihat menerusi kadar inflasi teras yang sejajar dengan inflasi keseluruhan.

“Bank Negara Malaysia (BNM) juga berpandangan bahawa pembaharuan dasar domestik seperti levi berperingkat pekerja asing, sumbangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta rasionalisasi subsidi RON95 yang dijangka dilaksanakan akan memberi kesan inflasi yang terkawal,” katanya dalam nota penyelidikan bank pelaburan itu.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here