KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan merakam keterangan doktor yang merawat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ia dibuat bagi mengetahui status sebenar kesihatan bekas Perdana Menteri itu.
Menurut sumber, tujuan SPRM berbuat demikian bagi memastikan tahap kesihatan Ismail Sabri benar-benar dalam keadaan baik untuk dirakam percakapan.
Selain itu, ia juga bagi mengetahui masalah sakit yang dihadapi Ahli Parlimen Bera itu.
Sebelum tu, proses rakaman percakapan Ismail Sabri di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan ditunda pada minggu depan iaitu 13 Mac ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kehadiran Ahli Parlimen Bera itu tidak dapat dilaksanakan hari ini susulan faktor kesihatannya.
“Sepatutnya beliau dijangka hadir esok namun ia tida dapat dilakukan kerana masih dalam cuti sakit. Jadi beliau akan hadir pada 13 Mac ini bagi dirakam keteranganya,” katanya semalam. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Ismail Sabri masih cuti sakit, rakaman percakapan ditunda 13 Mac – Azam Baki